Kerajaan Timbang Perketat Undang-Undang Siber Negara - Nancy

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 5:51 PM

Nancy (tengah) bergambar bersama sebahagian dari mahasiswi yang hadir pada majlis perasmian Forum 4U & Me Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia sempena persidangan mahasiswa undang-undang Kebangsaan Ke-4 Legal di UUM di Sintok, Jumaat. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Kerajaan sedang menimbang untuk mengetatkan lagi undang-undang siber sedia ada berikutan tindakan membabitkan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ketika ini sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, beberapa agensi kerajaan sedang berbincang mengenai usaha-usaha ke arah mengetatkan lagi undang-undang siber sedia ada di negara ini. 

"Memang pun kita sedang membincangkan mengenai perkara ini (mengetatkan undang-undang siber sedia ada). Niat itu ada tetapi belum dilaksana," katanya kepada pemberita di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan "Legal Forum 4U & Me" anjuran Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia di sini, yang dihadiri Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Menurut Nancy, perbuatan jenayah siber semakin menjadi-jadi dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang penguatkuasaan kerana ia berpotensi menjejaskan keselamatan dalam negara.

Katanya, antara jenayah siber yang berlaku ketika ini membabitkan usaha merekrut masyarakat tempatan termasuk di kalangan kanak-kanak untuk menjadi anggota kumpulan penganas Negara Islam (IS) oleh pihak tertentu. 

"Jikalau apa yang berlaku seperti hari ini dibiarkan begitu sahaja, ia boleh mengakibatkan keselamatan negara kita terancam," katanya dan menambah, masalah berkaitan jenayah-jenayah siber bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Katanya, beberapa pihak dalam negara sentiasa memantau aktiviti kumpulan tertentu merekrut masyarakat negara ini untuk menjadi sebahagian daripada anggota penganas IS.

"Kita perlu lebih berhati-hati dan memberi kesedaran kepada masyarakat kita," katanya. 

Nancy juga meminta masyarakat sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak terlalu bergantung dengan maklumat-maklumat yang disaji, sebaliknya memeriksa dengan sumber-sumber sahih terlebih dahulu.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana, Menteri Datuk Mohd Zuki Ali.

Tags / Kata Kunci: Nancy Shukri

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan