Sammrrve Lulus Tujuh Resolusi Perangi Keganasan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 11:16 PM

Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama Menteri Asean pada sidang SAMMRRVE, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Asean Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) meluluskan tujuh resolusi dalam usaha mengekang ancaman radikalisme dan ekstremisme.

SAMMRRVE dalam resolusi itu menegaskan program pemulihan tahanan diberi penekanan utama dan dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah menyeluruh dalam menangani ancaman tersebut.

Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam kenyataan selepas sesi khas sehari itu, berkata pendekatan tersebut selain mengenakan kekerasan atau punitif sebagai langkah memerangi keganasan disokong oleh ketua-ketua delegasi Asean.

"Ini adalah untuk memastikan individu-individu berfahaman radikal atau pelampau bersedia untuk diintegrasikan ke dalam masyarakat serta mengelak daripada berulang atau kembali semula kepada kegiatan militan," katanya.

Di samping itu, kenyataan itu menyebut ketua-ketua delegasi Asean turut bersetuju supaya kajian dan analisis dijalankan termasuk mencari punca isu kewujudan persekitaran yang kondusif untuk penyebaran fahaman radikal di Asia Tenggara.

"Ini adalah dengan tujuan membantu negara-negara anggota Asean lebih memahami proses pemulihan dan punca tersebut secara lebih berkesan yang boleh mendorong kepada keganasan," katanya.

KDN juga berkata perwakilan mesyuarat juga bersetuju untuk membangunkan program-program untuk menangani keganasan dan mengukuhkan kerjasama antara masyarakat yang terdedah kepada fahaman radikal dan polis.

"Inisiatif ini mungkin memberi tumpuan kepada hubungan antara masyarakat dan polis seperti program Kepolisan Masyarakat.

Perwakilan turut memperakui bahawa kerjasama antara rakan-rakan dialog Asean dan pertubuhan antarabangsa berkaitan perlu dipertingkatkan menerusi perkongsian pengalaman, pandangan dan idea.

Selain itu, mesyuarat itu turut menyeru negara-negara anggota Asean untuk bersuara dalam menentang dan menolak ekstremisme dan menyokong pendekatan kesederhanaan selaras deengan Deklarasi Langkawi Mengenai Gerakan Kesederhanaan Global.

Kenyataan itu menyebut ketua-ketua delegasi turut melahirkan rasa penghargaan terhadap insiatif Malaysia menganjurkan mesyuarat khas tersebut.

Mesyuarat SAMMRRVE itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat SAMMRRVE merupakan sesi susulan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) dan mesyuarat berkaitan selama empat hari itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sammrrve , KDN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan