Khutbah Aidiladha: DAP Pahang Buat Pusingan U, Tangguh Tindakan Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 4:39 PM

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP Pahang membuat pusingan U dengan menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung khutbah Aidiladaha yang dikeluarkan Jabatan Mufti negeri itu yang didakwa memfitnah parti berkenaan.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Mufti itu bagi mengadakan perbincangan di peringkat dalaman dan berhemah.

"Islam mementingkan akhlak dan teguran wajar disampaikan dengan baik, bukan melempar tuduhan tanpa usul periksa.

"Kita mahu berbincang secara dalaman bagi mendapatkan penjelasan serta bukti terhadap apa yang telah dinyatakan dalam khutbah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Jumaat.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Tengku Zulpuri memberi tempoh lima hari kepada Jaip untuk membuat permohonan maaf berhubung kandungan teks khutbah Aidiladaha yang didakwa memfitnah parti itu.

Mereka juga menuntut Jaip untuk menarik kembali teks berkenaan, sebelum mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada maklum balas daripada jabatan agama itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Mengenai tindakan undang-undang, Tengku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab berkata, perkara itu hanya akan dilakukan sekiranya perlu, namun menegaskan bahawa penyelesaian secara berhemah adalah lebih baik pada masa ini.

"Kita tunggu dulu (tindakan undang-undang). Biarlah kita selesaikan perkara ini secara baik. Kita ini orang Islam, jadi  perlu fikir saluran yang lebih baik dahulu (selesaikan)," katanya.

Ditanya bilakah pertemuan itu akan diadakan, beliau berkata, pihaknya akan menghubungi Jabatan Mufti Pahang dan menjangkakan ia dapat diadakan minggu depan.

"Harap mereka dapat terima kita untuk adakan perbincangan secara dalaman. Kita akan tunggu respons mereka," kata Tengku Zulpuri.

Terdahulu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bagaimanapun bertegas tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu sambil mempertahankan teks khutbah berkenaan tidak langsung berbaur fitnah, sebaliknya adalah nasihat kepada umat Islam agar bersatu.

Menurut teks khutbah yang dikeluarkan jabatan berkenaan, umat Islam di negara ini berpecah kerana ideologi politik berbeza.

“Perpecahan ini kerana umat Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, Pas, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

“Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam,” menurut teks khutbah itu.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan