Negaraku 'Atasi' Lagu Gubahan Komposer Terkenal British

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 4:10 PM

Benjamin Britten

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Komposer terkenal British, Benjamin Britten pernah menulis sebuah lagu kebangsaan untuk Malaysia tetapi ditolak kerana akhirnya lagu Negaraku yang dipilih, BBC melaporkan pada Jumaat.

Menurut Alex Marshall, pengarang Republic or Death! Travels in Search of National Anthems, komposer terkenal itu telah ditugaskan oleh kerajaan Malaysia untuk menulis sebuah lagu kebangsaan pada bulan Jun 1957.

"Britten berusaha selama dua hari untuk menulis sesuatu yang sesuai, membuat satu demi satu lakaran , tetapi membuang kesemuanya, dan menulis kepada pemain biola Yehudi Menuhin bahawa ia adalah 'tugas ngeri'," tulis Marshall.

Untuk menambah unsur tempatan untuk lagu itu, kerajaan Malaysia juga menghantar muzik tradisional untuk Britten untuk dimasukkan ke dalam lagu kebangsaan itu tetapi lagu itu tidak dipilih.

Selepas ditolak, lagu itu tenggelam dan tidak pernah direkodkan sehingga kini. Lagu ini juga hanya pernah sekali diperdengarkan kepada umum pada sambutan kemerdekaan Malaysia ke-50 di LOndon pada tahun 2007, menurut artikel itu.

Britten sendiri melaporkan bahawa dirinya pernah menghabiskan masa sehari di Malaysia dan dalam tempoh yang singkat itu, beliau berada dalam ketakutan kerana serangan komunis sehinggalah beliau selamat pulang ke Singapura.

Lagu komposer itu bukanlah satu-satunya yang ditolak, menurut laporan itu, sebaliknya lebih dari 500 lagu-lagu lain yang diterima daripada persaingan global juga telah ditolak.

Lagu negeri Perak, Negaraku, sebaliknya telah dipilih untuk sebagai lagu kebangsaan Malaysia yang baharu merdeka.
Tags / Kata Kunci: Negaraku , Benjamin Britten

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan