"Ini Masa Untuk Kita Bersatu, Bukan Berbalah" - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 6:40 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan konflik dan perselisihan faham.

"Saya menggesa semua pihak di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan berbau politik yang boleh menimbulkan sengketa dan salah faham.

"Ini masa untuk kita bersatu pastikan negara kita terus maju, bukan berbalah dan tuduh-menuduh," katanya menerusi akaun Facebook dan Twitternya pada Jumaat.

Najib bagaimanapun tidak menyebut mengapa beliau memberikan nasihat berkenaan.

Kenyataan beliau sehari selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak mengadu mengenai kerajaan kepada pihak luar.

Beliau berkata, orang yang melakukan perkara seperti itu sepatutnya dilempang.

Tajuddin kemudiannya berkata, beliau "hanya mengingatkan" orang Cina yang berharap untuk mendapat bantuan dengan mengadu kepada pihak luar.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan