Kamalanathan Nyata Hasrat Tanding Pemilihan MIC

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 11:21 AM

P. Kamalanathan

P. Kamalanathan

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CRW) MIC yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berhasrat bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang akan ditandinginya, sama ada Naib Presiden atau anggota Majlis Tertinggi (MT).

"Saya belum buat keputusan lagi, saya sedang dapatkan nasihat daripada pemimpin tertinggi, saya ingin mendapatkan respons dan nasihat mereka, ada masa lagi untuk saya membuat keputusan.

"Tetapi yang pasti, saya akan bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan Presiden mahupun Timbalan Presiden, itu sudah selesai, tinggal jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT)," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Khas kepada empat Sekolah Kebangsaan Tamil (SJKT) di Kedah di sini, malam Khamis.

Hadir sama, Anggota Dewan Negara yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Senator Datuk Jaspal Singh.

Kamalanathan berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan pemilihan MIC kali ini dan memuji tindakan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, mewujudkan jawatankuasa tentang politik wang.

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan RM250,000 kepada empat SJKT di Kedah, iaitu SJKT Ladang Buntar (RM30,000); SJKT Ladang Sungai Raya (RM50,000); SJKT Palanisamy Kumaran (RM70,000) dan SJKT Ladang Wellesley (RM100,000).

Sumbangan fasa pertama ini katanya merupakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di bawah Pakej Rancangan Khas 2013 untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sekolah Tamil.

"Lebih 150 sekolah dikenal pasti untuk menerima bantuan penyelenggaraan ini, yang akan diberikan secara berterusan, sehingga sebelum akhir bulan ini," katanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata bagi Pakej Rancangan Khas 2012, 39 SJKT  menerima bantuan penyelenggaraan dengan 37 daripadanya diberi surat lantikan kontraktor.

Daripada 37 sekolah itu, 50 peratus daripada sekolah terbabit telah memulakan projek, manakala baki 50 peratus sedang dalam proses mendapatkan kelulusan merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), katanya.
Tags / Kata Kunci: pemilihan MIC , P. Kamalanathan , CRW

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan