Haniff Omar Akan Sampaikan Eulogi Mendiang Yuet Leng

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 11:04 PM

Haniff Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar merupakan antara empat orang yang dijadual menyampaikan kata-kata pujian atau eulogi pada istiadat pengebumian rasmi mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng, Sabtu.

Menurut rakan karib keluarga mendiang, SF Yong, selain Haniff, tiga individu lain ialah anak perempuan mendiang, Susan Yuen, bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Dr Ng Yen Yen dan seorang wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak itu meninggal dunia semalam akibat kegagalan jantungnya pada usia 88 tahun. Mendiang meninggalkan isteri, Puan Sri Chan Choy May, dua anak perempuan, Susan Yuen Sumin, 56 dan Marina Chan Chean Gaik, 54 serta dua cucu berusia dalam lingkunan 20-an.

Mayat mendiang kini ditempatkan di Pusat Xiao En di Cheras di sini bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan memberikan penghormatan terakhir sebelum istiadat pengebumian berlangsung di Nilai Memorial Park di Nilai, Negeri Sembilan.

Yong berkata banyak kalungan bunga diterima di pusat berkenaan dari seluruh negara.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim turut menghantar kalungan bunga.

"Kami amat sedih dengan kehilangan Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang lahir di Larut Matang, Perak. Negara tercinta kami telah kehilangan seorang anak patriotik yang telah berkhidmat dengan cemerlang kepada Yang di-Pertuan Agong dan Negara," menurut sebahagian daripada mesej takziah pada kalungan bunga itu.

Kalungan bunga turut dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kerajaan negeri Sarawak.

Haniff turut menghantar kalungan bunga dengan mesej berbunyi: "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan amalannya."

"Semoga anda dikenang selalu atas keberanian dan khidmat cemerlang kepada yang di-Pertuan Agong dan Negara.

"Selamat Jalan Teman."-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Yuen Yuet Leng , Haniff Omar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan