"Saya Tanggung Semua Belanja Majlis Kahwin Di Jakarta" - Besan TPM

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 10:35 PM

Chairul Anhar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Besan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Chairul Anhar berkata, beliau menanggung sepenuhnya semua perbelanjaan majlis perkahwinan anak perempuannya dan anak lelaki Timbalan Perdana Menteri itu di Jakarta.

Beliau berkata, majlis perkahwinan yang diadakan pada 19 September lalu dibuat sempena kunjungan rasmi Ahmad Zahid ke Indonesia berikutan jadual kerjanya yang terlalu padat.

Chairul yang merupakan Presiden Indonesian Diaspora Network Chapter Malaysia berkata, majlis perkahwinan di Hotel Ritz Carlton di Jakarta adalah bagi pihak anak perempuannya manakala majlis perkahwinan di sebelah pengantin lelaki di Kuala Lumpur pada 27 September lalu.

"Sebagai ahli perniagaan yang lebih 20 tahun, saya menjalinkan hubungan perniagaan di Indonesia dan di Malaysia. Sudah tentu, saya memiliki ramai kawan. Kesemua tetamu datang baik dari Malaysia dan Indonesia. Saya yang menjemputnya.

"Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa acara saya ini adalah daripada pihak pengantin perempuan, bukan acara besan saya," kata Chairul.

Chairul berkata, majlis perkahwinan pada 19 September lalu dilakukan mengikut jadual Ahmad Zahid berikutan kesibukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beliau tidak mahu mengambil cuti khas untuk majlis berkenaan.

"Jangan fitnah besan saya. Kepada mereka yang memfitnah kepada besan saya, Zahid, saya berdoa kepada Allah semoga dosa mereka diampuni," katanya.

Chairul turut berharap hubungan antara anak perempuannya dan anak lelaki Zahid akan memberi manfaat kepada Malaysia dan Indonesia.

Ahmad Zahid yang membuat kunjungan rasmi ke Jakarta dari 18 sehingga 21 September lalu berkata, beliau tidak membelanjakan sesen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Jakarta pada 19 September.

Menurut Ahmad Zahid, besannya mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh berkenaan selepas mengetahui beliau akan berada di Jakarta ketika itu.

"Saya tidak mengeluarkan belanja untuk menganjurkan majlis perkahwinan itu. Saya tidak berbelanja untuk menteri-menteri dan tetamu dari Malaysia yang menghadiri majlis perkahwinan itu kerana ia bukan majlis saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Chairul Anhar , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan