Ahmad Zahid Hamidi Bertemu Ahmad Zahid Hamidi Di Putrajaya

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 6:58 PM

Ahmad Zahid (kiri) bersama Ahmad Zahid pada sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi JPN 2015 di Putrajaya, Khamis. Foto MOHD SAHAR MISNI / The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pelajar dari Kuching, Sarawak menganggap dirinya bertuah kerana memiliki nama yang sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih menarik lagi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati hanya dua nama itu terdapat dalam rekodnya dan ia mempunyai persamaan jelas dari segi nama sendiri, nama bapa dan ejaan.

Pelajar itu, Ahmad Zahid Hamidi, 18, yang ditemani ibu bapanya Hamidi Bujang, 53, dan Norhayati Eddie, 51, pada Khamis berkongsi pentas dan diraikan sendiri oleh timbalan perdana menteri pada sambutan Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi JPN 2015 di sini, Khamis.

Ahmad Zahid yang dilahirkan pada 29 Mac 1997 berkata, beliau bangga dengan nama yang diberikan bapanya itu kerana ia sama dengan nama pemimpin negara berkenaan.

"Saya difahamkan, hanya nama kami sahaja yang berada dalam rekod JPN,"  katanya yang juga anak bongsu dari lima beradik.

Menurutnya, timbalan perdana menteri juga sempat menasihatinya supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pemimpin negara kelak.

Hamidi, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petrajaya, Kuching pula berkata, beliau memilih nama itu untuk anaknya ketika Ahmad Zahid berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

"Ahmad Zahid adalah anak kelima kami dan hanya beliau sahaja yang diberikan nama sempena pemimpin negara," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, memberitahu sidang media bahawa beliau bangga dan teruja kerana hanya ada seorang pemilik nama sepertinya di Malaysia.

"Nama Ahmad Zahid mungkin banyak didaftarkan di Malaysia namun, tidak semua mempunyai 'bin' yang sama dengan saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan