Tan Sri Yuen Yuet Leng Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 2:22 PM

Yuen Yuet Leng meninggal dunia akibat sakit jantung.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Yuen Yuet Leng yang turut memainkan peranan penting sehingga tercapai Rundingan Damai Haadyai pada 1989 yang membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau berumur 88 tahun.

Isteri mendiang, Puan Sri Linda Yuen, 68, berkata suaminya meninggal di rumah anak perempuan mereka di The Mines, Seri Kembangan dan mayatnya akan ditempatkan di Xiao En Centre, Cheras.

Yuen dikatakan tidak sihat sejak beberapa tahun lalu.

Mendiang meninggalkan dua orang anak perempuan dan dua orang cucu.

Yuen merupakan bekas pegawai cawangan khas yang sering 'diburu' pihak komunis semasa dan selepas zaman darurat serta bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak mulai 1981 sehingga beliau bersara pada 1984.

Sebelum itu beliau menyandang jawatan Ketua Polis Perak pada 1975.

Mendiang yang dilahirkan di Larut Matang, Perak menyertai pasukan polis pada 1950 ketika berumur 23 tahun.

Sebahagian karier beliau bertumpu kepada tugas sebagai pegawai cawangan khas di zaman darurat.

Yuen bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor telah memainkan peranan penting dengan pergi ke China untuk bertemu dengan pemimpin PKM seperti Chin Peng, Abdullah C.D dan Rashid Maidin, sehingga akhirnya tercapai Rundingan Damai Haadyai yang menyaksikan pembubaran PKM.

Beliau turut menghasilkan dua buah buku mengenai pengalamannya bertugas dalam pasukan polis yang bertajuk 'Operasi Ginger' pada 1998 dan 'Nation Before Self' pada 2008.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Yuen Yuet Leng , PKM , polis

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan