Tiada Satu Sen Pun Dibelanjakan Untuk Majlis Kahwin Anak Di Jakarta - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 12:54 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak membelanjakan walau satu sen pun untuk majlis perkahwinan anak lelakinya di Jakarta pada 19 September lalu.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, keluarga menantu perempuannya itu berhasrat untuk mengadakan satu majlis untuk pasangan baharu berkahwin tersebut sebaik sahaja mengetahui beliau akan berada di Jakarta untuk lawatan rasmi.

"Saya tidak membelanjakan wang untuk mengadakan majlis tersebut. Saya tidak membelanjakan wang untuk menteri dan tetamu dari Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.

"Saya tidak membelanjakan wang untuk menghiburkan sesiapa sahaja kerana itu bukan majlis saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Pendaftaran Negara pada Khamis.

Dr Ahmad Zahid mengadakan lawatan rasmi ke Jakarta antara 18 hingga 21 September lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pemilik blog, Shahbudin Husin yang mempertikaikan tempoh lawatannya yang kebetulan sama tarikh dengan majlis perkahwinan anak lelakinya dengan seorang gadis dari Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Dr Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan