Samarahan, Kuala Selangor Kembali Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua kawasan kembali mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Samarahan, Kuching dan Kuala Selangor di Selangor dengan bacaan 112 dan 109 setakat 9 pagi ini berbanding malam Rabu.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kedua-dua kawasan itu mencatatkan IPU sederhana dengan bacaan 82 dan 96 pada 11 malam Rabu.

Selain Samarahan dan Kuala Selangor, 17 kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Pelabuhan Klang dengan bacaan 140; Pasir Gudang (127); Port Dickson (126); Banting dan Shah Alam (123); Kota Tinggi (122); Nilai dan Bukit Rambai masing-masing 118.

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Bandaraya Melaka dengan bacaan 114, Batu Muda (111), Putrajaya (108), Petaling Jaya (107), Seremban (106); Larkin Lama, Balok Baru dan Kemaman masing-masing dengan bacaan 103 dan Paka (102).

Sebanyak 28 kawasan lagi mencatat tahap IPU sederhana antaranya Seri Manjung (100); Seberang Jaya 2 (96); Cheras (94); Muar (87); Indera Mahkota; (85), Bakar Arang, Sungai Petani (84) dan Kuala Terengganu (82).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. 

Tags / Kata Kunci: jerebu

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan