Peniaga Merungut Operasi Terjejas Akibat Jerebu

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, malah turut menjejaskan operasi premis perniagaan di sekitar ibu negara.

Cuaca yang belum menampakkan perubahan positif ini menyebabkan ramai peniaga berdepan masalah apabila bilangan pelanggan merudum kebelakangan ini.

Peniaga jam di Masjid Jamek sejak 15 tahun lalu, Abdul Kadir Abdul Hamid mengakui, pendapatannya kian susut kerana masalah jerebu.

"Kalau sebelum ini, untung berniaga boleh digunakan untuk menyara keluarganya tetapi sepanjang jerebu ni susah sikit," kata peniaga berusia 64 tahun itu.

Seorang peniaga makanan, Tengku Nurul Afiqah Tengku Arif juga menuding jari kepada cuaca yang tidak menentu sebagai punca pendapatannya menurun.

"Masa jerebu, tak ramai yang nak keluar membeli-belah, jadi keuntungan merosot," katanya.

Bagi peniaga tudung, Ersal Samad, 71 pula, keadaan berjerebu ini menyebabkan pelanggannya 'lari'.

"Pendapatan saya memang terjejas, ini mungkin disebabkan orang ramai mengambil keputusan untuk tidak keluar rumah dan kurangkan aktiviti luar," katanya.

Tidak ketinggalan juga seorang peniaga kelainan upaya (OKU) yang menjalankan perniagaan wangian, Amier Arief, 58 yang menganggap musim jerebu yang teruk ini menjejaskan semua perniagaan di sini.

"Pendapatan saya susut, keadaan tahun ini lebih teruk berbanding jerebu yang melanda tahun lalu," kata Amier.

Selain itu, orang awam yang ditemui pula berpendapat keadaan jerebu berbahaya sehingga menjejaskan tahap kesihatan dan juga jarak penglihatan.

Seorang suri rumah, K. Suria, 40 berkata, keadaan jerebu menyukarkannya untuk keluar membeli barang keperluan.

"Jarak penglihatan semasa jerebu menyukarkan saya untuk keluar rumah dan saya juga bimbang tentang tahap kesihatan anak-anak," ujar Suria.

Bagi Roziana Zainudin, 24 pula, cuaca tidak menentu menjejaskan orang ramai untuk keluar.

"Cuaca sebegini menjejaskan kesihatan orang ramai kerana jerebu ini menyukarkan untuk bernafas." kata pekerja sebuah bank di ibu negara.

Roziana berpendapat, peniaga makanan juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup makanan yang dijual supaya tidak terdedah kepada keadaan jerebu.

"Apa yang saya tengok, peniaga makanan biarkan juadah yang dijual terdedah dan jika ia berterusan boleh mengundang penyakit yang tidak diingini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: jerebu , Masjid Jamek

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan