Pemuda Umno P.Pinang Akan Hantar Memorandum Bantah Isu Pembesar Suara

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 11:54 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantah larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri ini.

Ketua sayap itu, Rafizal Abdul Rahim berkata, pihaknya bersedia bertemu dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Pemuda Umno Pulau Pinang mengambil ketetapan tidak menyokong dan akan menentang arahan larangan ini. Kami yakin masyarakat Islam di negeri ini  tidak bersetuju dengan arahan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Pada Rabu, surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas memaklumkan mengenai larangan itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat itu, yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai  larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Rafizal berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terus mengambil pendekatan tidak sensitif terhadap ajaran Islam dan situasi itu menyebabkan timbulnya prasangka bahawa fatwa itu mempunyai unsur-unsur tekanan daripada kerajaan negeri. - Bernama

Tags / Kata Kunci: masjid , pembesar suara

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan