Malaysia, Indonesia Kaji Mekanisme Pengambilan Pekerja Asing

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 9:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengkaji semula mekanisme pengambilan dan pengurusan pekerja Indonesia di negara  ini dalam mesyuarat dua hala, di sini Khamis.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri berkata, mesyuarat dua hala yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Hanif Dhakiri itu memberi penekanan kepada pengurusan pekerja Indonesia di sini.

"Berdasarkan kerjasama dan hubungan erat antara kedua-dua negara, kerajaan Malaysia dan Indonesia mengambil inisiatif untuk mengkaji semula mekanisme pengambilan dan pengurusan pekerja Indonesia di Malaysia.

"Diharapkan usaha ini akan membawa kesan positif kepada kedua-dua negara dan memberi manfaat kepada pekerja Indonesia serta majikan di Malaysia," menurut kenyataan pada luar Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 dan Mesyuarat Berkaitan pada Khamis.

Sementara itu, Hanif ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat berkenaan berkata kajian semula itu akan melihat manfaat bagi pekerja Indonesia, termasuk pembantu rumah yang bekerja di negara ini.

"Hari ini, kami bersetuju mengkaji semula isu berkaitan pekerja kita di negara ini, termasuk kepulangan pekerja tanpa izin dan pengambilan semula mereka yang sudah mempunyai permit kerja," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan kunjungan hormat ke atas Ahmad Zahid selepas menghadiri mesyuarat AMMTC + Jepun ke-2.

Hanif berkata, pegawai dari kedua-dua negara akan bertemu pada pertengahan bulan ini untuk mengkaji dan memperbaiki mekanisme mengenai pengambilan semula dan pengurusan pekerja Indonesia di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Nasional Indonesia, Jeneral (Pol) Badrodin Haiti ketika ditemui pemberita berkata, Indonesia telah membawa isu memerangi jenayah maritim bukan tradisional, termasuk kegiatan perikanan yang haram dan tidak terkawal (IUU) dalam mesyuarat AMMTC.

"Kami ingin mendapatkan perhatian anggota Asean untuk memberi tumpuan kepada isu perikanan IUU kerana ia menjadi keutamaan bagi Indonesia mengalami kerugian purata AS$20 juta setahun," katanya.

Beliau berkata, isu perikanan IUU berkait rapat dengan isu pemerdagangan manusia di rantau ini.

Mengenai isu ini, beliau berkata Indonesia melihat bahawa Konvensyen Asean mengenai Pemerdagangan Manusia, terutamanya wanita dan kanak-kanak serta Pelan Tindakan Asean terhadap pemerdagangan Manusia, khususnya wanita dan kanak-kanak, penting dan perlu pelaksanaan segera. - Bernama

Tags / Kata Kunci: pekerja Indonesia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan