Masjid, Surau Seluruh Pulau Pinang Dilarang Guna Pembesar Suara

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keputusan untuk melarang penggunaan pembesar suara di luar kawasan masjid dan surau kecuali ketika azan dan iqamah di seluruh Pulau Pinang akan diwartakan dalam masa terdekat.

Menerusi surat bertarikh 1 September, Pejabat Mufti Pulau Pinang berkata, langkah itu susulan keputusan dibuat Jawatankuasa Fatwa Negeri itu pada 1 dan 1 Julai lalu seperti mana dilaporkan Bernama pada Rabu.

Surat berkenaan memperakui keputusan pada mesyuarat 7 April 2011 untuk melarang bacaan al-Quran sebelum subuh menggunakan pembesar suara di mana ia diperluaskan untuk semua program dan mesyuarat.

Pembesar suara hanya dibenarkan digunakan di dalam bangunan sahaja.

Sebanyak 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang berhubung penggunaan pembesar suara di masjid dan surau antara Januari 2012 dan Mei 2015.

Ini termasuk pembesar suara di luar bangunan untuk bacaan al-Quran atau tazkirah sebelum solat berjemaah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai surat berkenaan, bagaimanapun menegaskan ia tidak memberi kesan kepada kesucian Islam di negeri itu.

Pada 2011, bekas Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, negeri berkenaan turut melarang penggunaan pembesar suara di masjid untuk beberapa tahun.

Katanya, amalan menguatkan nada bunyi pada mikrofon terutama sebelum subuh adalah bertentangan ajaran Nabi Muhammad saw kerana ia mengganggu mereka yang sedang tidur.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan