Jerebu: 18 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi Khamis, dengan Pelabuhan Klang mencatat bacaan tertinggi pada 141.

Mengikut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang mencatat IPU lebih 100 (tidak sihat) ialah Pasir Gudang (125) dan Kota Tinggi (118) di Johor; Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (116) di Melaka; Nilai (118), Port Dickson (126) dan Seremban (107) di Negeri Sembilan.

Balok Baru di Kuantan, Pahang pada 102 manakala Samarahan di Sarawak pada 114.

Lokasi lain ialah di Selangor ialah Banting (124), Kuala Selangor (108), Petaling Jaya (105) dan Shah Alam (123) manakala di Terengganu, Kemaman (103) dan Paka (102).

Sementara di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatat bacaan 110 manakala Putrajaya pada 108.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.






Tags / Kata Kunci: IPU , jerebu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan