Lima IPT Malaysia Kali Pertama Tersenarai Dalam 'Times Higher Education World University Rankings'

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima institusi Malaysia buat kali pertama mendapat tempat dalam Times Higher Education World University Rankings 2015-16.

Universiti Teknologi Malaysia menduduki kedudukan tertinggi pada band 401-500, diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara pada band 601-800.

Editor Times Higher Education World University Rankings, Phil Baty berkata Universiti Malaya tidak berada dalam kedudukan itu.

"Sayangnya, seperti tahun-tahun sebelumnya, universiti itu tidak membekalkan kami dengan datanya jadi ia mengecualikan dirinya daripada proses penyenaraian itu.

"Kita amat kesal dan berharap sangat kita dapat memujuk universiti itu dengan merit penanda aras global dan mengambil bahagian dalam salah satu sistem global di dunia," katanya dalam satu temu bual.

Baty berkata, Malaysia adalah satu daripada beberapa negara yang telah mula bertapak di Ranking Universiti Dunia tahun ini dan ia adalah satu pencapaian untuk negara-negara baru, dengan lima institusi tersenarai termasuk sebuah daripadanya, Universiti Teknologi Malaysia yang berada pada band 401-500.

Katanya, pencapaian ini sebahagiannya disebabkan oleh pengembangan kedudukan dengan memasukkan 800 buah universiti, tetapi ia juga mencerminkan hakikat bahawa negara ini telah menjadikan pendidikan tinggi sebagai salah satu keutamaan.

"Malaysia telah mempamerkan peningkatan dalam sistem pendidikan pada tahun-tahun kebelakangan ini, yang membawa kepada peningkatan 70 peratus jumlah pelajar dalam dekad yang lalu, dan tahun ini mengumumkan strategi pendidikan tinggi untuk 10 tahun akan datang, yang merangkumi beberapa objektif sekitar akses, kualiti dan kecekapan.

"Adalah sesuatu yang menggalakkan apabila mendengar bahawa kerajaan mula melihat pendidikan tinggi sesuatu yang serius," katanya.

Baty menjelaskan bahawa 800 universiti telah disenaraikan pada tahun ini berbanding 400 buah pada 2014.

"800 yang tersenarai ini mewakili hanya empat peratus daripada institusi pengajian tinggi di dunia, jadi kami mengucapkan tahniah kepada semua institusi yang telah tersenarai tahun ini," katanya.

Beliau berkata kedudukan itu adalah berdasarkan kepada 13 petunjuk prestasi yang memeriksa semua misi teras universiti moden global - penyelidikan, pengajaran, pemindahan pengetahuan dan aktiviti antarabangsa.

Ranking tahun ini menampilkan universiti-universiti di 70 negara, dengan menyaksikan 29 negara-negara baru termasuk Indonesia, Malaysia, Ghana, Nigeria, Bangladesh, Latvia, Oman, Qatar dan Ukraine tersenarai pada tahun ini, katanya.

Di Asia, National University of Singapore berada dalam kedudukan teratas  (di tempat ke-26) manakala dua institusi terkemuka di China, Peking University dan Universiti Tsinghua masing-masing berada dalam 50 kumpulan teratas universiti di dunia pada kedudukan masing-masing 42 dan 47.

California Institute of Technology  mendahului ranking tahun ini diikuti oleh Oxford University di tempat kedua, Stanford University  (ketiga), Cambridge University  (keempat), Massachusetts Institute of Technology (kelima), Harvard University (keenam), Princeton University  (ketujuh), Imperial College London (kelapan), Swiss Federal Institute of Technology Zurich (kesembilan) dan University of Chicago di tempat ke-10.


Tags / Kata Kunci: ranking universiti dunia , Phil Baty

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan