Tidak Salah Saifuddin Abdullah Hadiri Pelancaran Pakatan Amanah

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah tidak melakukan sebarang kesalahan dengan menghadiri sidang meja bulat pembentukan pakatan pembangkang baharu, kata Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.

Megat Najmuddin berkata beliau "tidak fikir ia sebagai satu masalah" apabila Saifuddin hadir ke program berkenaan melainkan beliau bertindak mengkritik Umno.

"Kalau itu berlaku, ia soal lain. Jika beliau sekadar hadir  tak mengapa. Kita juga nak tahu apa yang pembangkang kata dan lakukan," kata Megat Najmuddin seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Sidang meja bulat bagi membentuk platform baharu pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Amanah yang diadakan pada 22 September lalu dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden penaja Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Saifuddin hadir pada majlis berkenaan wakili Akademi Belia yang dipengerusikannya bersama Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh kerana menghadiri mesyuarat anjuran pembangkang.

Saifuddin perlu menjawab surat berkenaan dalam tempoh 14 hari.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan