Tiada Kes Manusia Positif Rabies Di Negara Ini - Dr Hilmi

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Malaysia tidak mempunyai kes manusia yang positif jangkitan Penyakit Anjing Gila atau Rabies sebaliknya hanya kes anjing yang diuji positif rabies.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kebanyakan persepsi umum telah silap kerana setakat ini Malaysia belum mencatatkan kes manusia yang positif rabies.

Beliau berkata, sejak 14 Sept sehingga hari ini, Pulau Pinang mencatat 92 kes gigitan anjing dan tiga daripada anjing itu berjaya ditangkap dan positif rabies selepas diuji.

"Tiada kes manusia yang positif rabies di seluruh negera dan setakat Rabu, 13 kes dilaporkan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di mana anjing yang diuji positif rabies," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Tahunan ke-17 sempena sambutan jubli Perak Persatuan Perubatan Islam Malaysia ke-25 di sini Rabu.

Beliau berkata Malaysia mempunyai vaksin dan serum immunoglobulin yang mencukupi untuk manusia.

Menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dikeluarkan semalam, sejak 16 Sept, 883 ekor anjing liar ditangkap atau dihapuskan di Pulau Pinang dan 12 ekor anjing dikuarantin, manakala 443 ekor anjing diberi suntikan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tuduhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa kerajaan bertindak kejam terhadap anjing-anjing liar ketika menjalankan aktiviti penghapusan anjing liar.

Guan Eng menjelaskan bahawa pegawai kerajaan yang menjalankan aktiviti penghapusan anjing itu tidak menggunakan peluru atau senapang tetapi hanya menggunakan suntikan ubat.

"Kerajaan negeri lebih mementingkan nyawa manusia dan aktiviti penghapusan anjing liar dibuat dengan berperikemanusiaan, bukan seperti mana yang dituduh sesetengah pihak," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah melakukan pelbagai kempen untuk meningkatkan kesedaran umum berhubung jangkitan rabies bagi mengawal penularan penyakit itu ke negeri lain.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rabies , Dr Hilmi Yahaya

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan