Salleh Tidak Tahu Tentang Soal Selidik Sistem Pendidikan Satu Aliran - Liow

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 6:47 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak tidak tahu tentang satu soal selidik dalam talian yang meminta pengguna internet supaya memberi respon sama ada patut diadakan sistem pendidikan satu aliran di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau telah menemui Salleh sebelum mesyuarat Kabinet pada Rabu dan dimaklumkan oleh Salleh bahawa bukan keputusan beliau atau Kementerian mengadakan soal selidik tersebut.

"Menteri (Salleh) memberitahu saya bahawa soal selidik ini bukanlah keputusan kementerian dan beliau tidak tahu mengenainya.

"Beliau berkata insiden itu tidak akan berulang dan berjanji jabatannya akan menyiasat perkara itu," kata Liow kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di sini.

Liow ditanya sama ada sistem satu aliran sekolah dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Salleh turut mencadangkan beliau supaya mengambil lebih ramai kaum Cina sebagai penjawat awam di jabatan kementerian itu bagi memastikan sensitiviti pelbagai kaum dapat dijaga.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan