PNB Umum Dividen 6.40 Sen Bagi AS1M

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd, anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.40 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2015.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan AS1M itu membabitkan pembayaran sebanyak RM694.96 juta, 5.6 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM657.96 juta.

"Jumlah pengagihan tersebut dijangka dapat dimanfaatkan oleh seramai 395,036 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 10.9 bilion unit AS1M," katanya pada sidang media sempena pengumuman pengagihan pendapatan itu, di sini.

Ahmad Sarji berkata, sehingga 28 September dana AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM813.57 juta.

Daripada jumlah tersebut, keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang RM413.35 juta atau 53 peratus, manakala pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang RM233.75 juta atau 28.7 peratus.

Selebihnya sebanyak RM148.47 juta atau 18.3 peratus diperoleh melalui pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.

Pengiraan pengagihan pendapatan itu adalah berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan AS1M.

Pembayaran akan dilaksanakan melalui pelaburan semula yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata jumlah pengagihan sebanyak 6.40 sen seunit itu lebih rendah berbanding 6.60 sen seunit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Ini berikutan situasi pasaran saham yang tidak menentu pada ketika ini.

"Bagaimanapun, jumlah agihan ini masih bersifat kompetitif berbanding 6.38 sen seunit sewaktu pertama kali AS1M dilancarkan," katanya.

Setakat 28 September, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan sebanyak 12.9 peratus daripada 1,846.31 mata pada 30 September 2014.

Kapasiti pengagihan yang mampu dibayar oleh PNB bagi setiap unit ialah 6.90 sen seunit.

Ditanya mengenai rancangan PNB bagi menangani keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, Hamad Kama Piah berkata syarikat itu sentiasa bersiap sedia dengan strategi jangka panjang.

"Kami mungkin menilai semula kedudukan sekarang untuk menambahkan lagi saham di bawah nilai kami dan memasukkannya ke portfolio kami.

"Asas kami masih kukuh, namun, kami akan cuba untuk menampungnya dengan ini (saham di bawah nilai) dan kami percaya saham ini akan mendapat pulangan pada masa hadapan," katanya. 

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai saham berpotensi itu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: PNB , Ahmad Sarji Abdul Hamid , dividen , AS1M

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan