Lama Terpisah, Varusai Akhirnya Bertemu Bapa Saudara Penjual Mi Goreng

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 7:00 AM

Kisah Abdul Karim Pakir (kanan) sebagai penjual mee goreng mamak yang dipaparkan dalam akhbar The Star BARU-BARU INI telah 'mempertemukan' dirinya dengan anak saudaranya yang telah lama terpisah, Varusai Omer Gatha Abdul Aziz. -foto THE STAR/Charles Mariasoosay

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kisahnya yang dipaparkan dalam akhbar The Star bukan sahaja menjadikan penjual mi goreng mamak, Abdul Karim Pakir, 92, mendapat lebih ramai pelanggan, tetapi juga membolehkan dia bertemu dengan saudaranya yang telah lama hilang.

Selepas lebih dari 40 tahun, Varusai Omer Gatha Abdul Aziz akhirnya dapat bertemu dengan bapa saudaranya selepas membaca kisah tentang dirinya dalam akhbar The Star.

Varusai, 66, yang juga berasal dari India berkata dia mula mencari bapa saudaranya sejak tahun lalu selepas bersara dan berpindah semula ke Pulau Pinang.

"Saya gagal mencarinya dan berfikir bahawa dia telah meninggal dunia akibat sakit tua.

"Saya gembira apabila mengetahui bahawa dia masih hidup selepas akhbar The Star menulis cerita mengenai dirinya," katanya ketika ditemui di gerai Abdul Karim di Tamil Street di sini, Isnin.

Varusai pergi ke gerai itu tanpa memberitahu bapa saudaranya terlebih dahulu kerana mahu memberikan satu kejutan yang menggembirakannya.

Abdul Karim sedang membuat kerjanya seperti biasa ketika dikunjungi anak saudaranya yang telah lama terpisah.

Abdul Karim pada mulanya tidak mengenali anak saudaranya itu tetapi mula mengukir senyuman sebaik sahaja dapat mengingat kembali siapakah pengunjung yang berada di depan matanya itu.

"Saya tak sangka hubungan yang telah lama terputus dapat disambung kembali melalui artikel dalam akhbar.

"Saya gembira melihat dia kembali dan bersyukur kerana dia telah berusaha untuk mencari saya," katanya.

Abdul Karim berkata, dia amat mengingati Varusai, bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain.

Sambil bercerita tentang perkembangan terkini antara satu sama lain dan saudara-mara mereka, Varusai berkata dia pernah melawat bapa saudaranya di Esplanade ketika dia menjual laksa di sana.

"Kemudian, saya berpindah ke Kuala Lumpur kerana kerja saya memerlukan saya berpindah-randah.

"Saya berputus asa mencarinya tetapi berterima kasih kepada The Star, sekarang kami bersatu semula," katanya.

Bagaimanapun, lawatan Varusai ini tidak menghalang Abdul Karim daripada memasak dan menghidangkan mi goreng yang menjadi kesukaan ramai apabila dia hanya memberikan masa beberapa minit untuk dirakamkan gambarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan