Kedah Guna Pendekatan Tidak Rasmi Bawa Balik Bunga Emas Kesultanan Kedah Dari Thailand

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 8:43 PM

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid bersama menjawab soalan pemberita pada sidang media berhubung penganjuran seminar antarabangsa Kedah-Siam pada 5 dan 6 Oktober, di Alor Setar, Rabu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan menggunakan pendekatan tidak rasmi untuk membawa balik sebahagian daripada Bunga Emas dan Bunga Perak yang diberikan oleh Kesultanan Kedah kepada kerajaan diraja Siam suatu ketika dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, 27 Bunga Emas dan Bunga Perak pemberian Kesultanan Kedah itu berada di Thailand ketika ini.

"Kita akan terus menggunakan pendekatan tidak rasmi dalam permohonan untuk mendapatkan kembali Bunga Emas dan Bunga Perak diberikan Kesultanan Kedah itu," katanya dalam sidang media berhubung penganjuran seminar antarabangsa Kedah-Siam pada 5 dan 6 Oktober, di sini hari ini.

Kerajaan negeri, katanya, tidak pernah mengemukakan permintaan secara formal untuk mendapatkan kembali barangan bersejarah itu sehingga kini kerana berpendapat saluran tidak rasmi merupakan jalan terbaik.

Menurut Mohd Rawi, permohonan mendapatkan sebahagian Bunga Emas dan Bunga Perak Kesultanan Kedah itu pernah disuarakan secara tidak rasmi kepada pihak Thailand sebelum ini, tetapi tiada jawapan diterima setakat ini.


Difahamkan, sebahagian daripada Bunga Emas dan Bunga Perak pemberian Kesultanan Kedah kepada kerajaan diraja Siam suatu ketika dahulu kini dipamerkan di Royal Grand Palace, Bangkok.

Kesultanan Kedah dipercayai memberikan Bunga Emas dan Bunga Perak di antaranya sebagai tanda persahabatan dengan kerajaan Siam serta hadiah di atas bantuannya di dalam beberapa peperangan dengan kerajaan lain.

Mengenai seminar bertajuk "Hubungan Kedah-Siam Dalam Warna-Warna Sejarah" itu, Mohd Rawi berkata, 18 cendekiawan dan pakar sejarah Malaysia serta Thailand akan membentangkan kertas kerja pada seminar itu.

"Terdapat beberapa penemuan baharu di dalam hubungan Kedah-Siam bakal didedahkan pada seminar itu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Muzium Negeri Kedah berkata, Kedah mempunyai hubungan yang lama dengan Thailand dengan ada pengkaji sejarah mengatakan hubungan di antara kedua-dua kerajaan telah terjalin seawal abad ke-13.

Katanya hubungan yang lama terjalin di antara kedua-dua kerajaan itu meninggalkan pelbagai kesan sejarah di Kedah yang boleh digunakan untuk menarik pelancong Thailand ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kedah tahun depan.

Seminar itu, katanya, akan berakhir di Hatyai pada 7 Oktober ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan