Ibu Rayu Anak Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 10:21 PM

Maizun Abdul Hamid, 53, (kanan) dan anaknya, Nur Fazlina Zainol, 27, menunjukkan salinan laporan polis serta gambar Maisarah Zainol, 17, yang hilang sejak 22 September lalu, di rumahnya di Kampung Rantau Panjang Kota Kuala Muda, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang ibu yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya berusia 17 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak sembilan hari lepas, merayu supaya dia segera pulang ke pangkuan keluarga.

Menurut Maizun Abdul Hamid, 53, Maisarah Zainol, anak ke-10 daripada 11 beradik itu, kali terakhir dihantar abangnya, Zamri, 25, ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda, pada 22 Sept lepas, untuk mengikuti kelas tambahan.

Anaknya itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memakai baju-T sekolah berwarna merah dan seluar berwarna hitam ketika ke kelas tambahan itu, katanya.

"Kira-kira 12 tengah hari, saya pergi ke sekolah untuk menjemputnya tetapi dimaklumkan rakan-rakannya dia tidak mengikuti kelas, malah kelibatnya juga tidak kelihatan di sekitar kawasan sekolah," katanya kepada media di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda, dekat sini, Rabu.

Maizun berkata mereka sekeluarga telah mencari dan bertanya kepada rakan-rakan serta saudara terdekat mengenai anaknya itu tetapi tiada siapa yang tahu tentang kedudukannya.

Katanya, sudah sembilan hari anaknya hilang tanpa khabar berita dan beliau bingung kerana tidak ada perselisihan faham dalam keluarga sebelum ini yang mungkin menyebabkan remaja itu merajuk.

"Ada kenalan yang memaklumkan terlihat dia di tempat-tempat tertentu, namun setelah kami mencarinya di sana, ternyata dia tiada," katanya dan menambah, keluarga tidak akan berputus asa dalam usaha mengesan anaknya itu.

Maizun berkata suaminya telah membuat satu laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda pada 24 September berhubung kehilangan anaknya itu tetapi sehingga kini tiada perkembangan lanjut.

"Sejak kehilangannya, tidur malam tidak lena, malah selera makan juga kurang. Hampir setiap hari saya menangis apabila terkenangkannya. Di mana dia berada, dengan siapa?," katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat atau terlihat Maisarah di mana-mana, boleh menghubungi talian 017-480 8517, katanya.

Tags / Kata Kunci: Maisarah Zainol , gadis hilang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan