Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 103 kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual, dan proses pemulihan kerja menaik taraf sistem bekalan air dijangka mengalami kelewatan.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Afred berkata kelewatan terhadap kerja-kerja penggantian 'Inlet Valve' di Tangki Sedut Bukit Gasing dan 'By-Pass Valve' ke Rumah Pam Bukit Gasing di Petaling Jaya yang dijalankan semalam, adalah disebabkan beberapa isu teknikal di luar jangkaan.

"Berikutan kelewatan dalam menyiapkan kerja menaik taraf ini, proses pemulihan bekalan air di kawasan terlibat secara berperingkat selepas kerja disiapkan, dijangka mengalami kelewatan dan akan mengambil masa lebih lama berbanding jangka masa pemulihan.

"Syabas sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu untuk proses pemulihan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Sejumlah 78 kawasan terlibat di Wilayah Petaling, antaranya Taman Lian Hoe, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Taman Bukit Indah, Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Tasek Selatan, Pantai Dalam, Bandar Baru Bukit Jalil dan Kuchai Lama.

Sementara, Wilayah Kuala Lumpur melibatkan 25 kawasan termasuk TUDM Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Wisma Putra, Jalan Bukit Petaling, Persiaran Syed Putra, Taman Seputeh, KL Sentral dan Brickfields.

Priscilla berkata bagi mengurangkan kesulitan pengguna, Syabas akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada pengguna terlibat.

Syabas turut menasihatkan orang ramai menggunakan bekalan air kecemasan itu secara berhemah.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mySYABAS untuk maklumat lanjut dengan memuat turun ke telefon pintar melalui Google Playstore dan Appstore secara percuma.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: air , Syabas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan