Cadangan EAIC Untuk Kawal Selia SPRM Tidak Relevan - Tunku Abdul Aziz

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) baru-baru supaya meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasanya adalah tidak relevan, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Malahan, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM itu berpendapat, saranan berkenaan adalah sesuatu yang tidak perlu.

"Pandangan ini mengambil kira kewujudan beberapa lapisan pemantauan bebas yang komprehensif, merangkumi setiap aspek operasi SPRM.

"Ia termasuk keprihatinan orang ramai mengenai sebarang tingkah laku profesional pegawai yang tidak beretika supaya diawasi sepanjang masa dan ditangani sebagai bahagian asas untuk memastikan pematuhan standard perlakuan perkhidmatan awam yang tinggi, dan selari dengan pematuhan ketat peruntukan Akta SPRM 2009," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tunku Abdul Aziz berkata, ketika ini telah wujud Jawatankuasa Aduan bebas untuk menangani aduan orang ramai berkaitan salah laku pegawai-pegawai SPRM.

"SPRM sudah dipantau dengan berkesan panel dan jawatankuasa bebas termasuk LPPR yang juga penasihat utama dasar SPRM, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Panel Penilaian Operasi serta Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah," katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam berkata, di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700), EAIC berperanan menerima dan membuat siasatan ke atas aduan orang awam berkaitan salah laku pegawai penguatkuasaan dan agensi penguatkuasaan di bawah jadual akta berkenaan.

Beliau berpendapat, walaupun SPRM mempunyai jawatankuasa  untuk memantau perjalanan SPRM, tapi kes kematian orang tahanan atau orang disiasat semasa berada dalam siasatan SPRM adalah di luar bidang kuasa SPRM untuk menyiasat.

"Siasatan berkaitan kematian orang tahanan hanya diberi kepada polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah.


Tags / Kata Kunci: EAIC , SPRM , Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan