12 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 7:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat yang semakin tinggi setakat 10 malam Selasa, berbanding 11 kawasan pada 7 malam.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan baharu terlibat ialah Banting, Selangor dengan bacaan 106.

Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Balok Baru, Pahang  dengan bacaan 143; Bukit Rambai, Melaka (138); Bandaraya Melaka (136); Pasir Gudang, Johor (130) dan Larkin Lama di Johor mencatat bacaan (128).

Kawasan lain yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan 126; diikuti Muar, Johor (125); Kemaman, Terengganu (123); Kota Tinggi, Johor (115); Indera Mahkota, Pahang (113) dan Paka, Terengganu (110).

Sebanyak 30 kawasan pula mencatat tahap IPU sederhana antaranya Putrajaya dan Seremban, Negeri Sembilan (99); Nilai, Negeri Sembilan (98); Pelabuhan Klang, Selangor dan Jerantut, Pahang (95); Batu Muda, Kuala Lumpur (89) dan Shah Alam, Selangor (88); kedua-dua Petaling Jaya, Selangor dan Samarahan, Sarawak (84).

Sembilan kawasan mencatat IPU baik, antaranya Sandakan, Sabah (50); Tawau, Sabah (45); Perai, Pulau Pinang (44); USM, Pulau Pinang (43); SMK Tanjung Chat, Kelantan (41); Alor Setar, Kedah (38); Langkawi, Kedah (32); Tanah Merah, Kelantan (27) dan Kangar di Perlis (26).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan