Umat Islam Boleh Lakukan Lebih Baik Tangani Krisis Pelarian Syria - Sultan Nazrin

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 8:30 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan titah pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Universiti Negara Islam Dunia anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Selasa.
Baginda turut melancarkan koleksi buku terbitan USIM. Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat AKEPT Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (dua,kiri).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berharap umat Islam boleh melakukan dengan lebih baik bagi menangani krisis pelarian Syria.

Baginda bertitah sejak beberapa minggu lepas dunia telah menyaksikan nasib pelarian Syria dalam keadaan terdesak terpaksa melarikan diri ke Eropah dan sebaliknya tidak ke negara-negara Islam yang berjiran.

Sultan Nazrin bertitah baginda amat tersentuh apabila seorang pelarian Syria, membandingkan Canselor Jerman Angela Merkel dengan Raja Abyssinia, Negus, yang masyhur kerana memberi perlindungan kepada kaum Muslimin semasa hijrah pertama pada zaman Nabi Muhammad saw.

"Seorang lagi pelarian Syria berkata: "Kami akan memberitahu anak-anak kami bahawa kaum migran Syria meninggalkan negara mereka untuk datang ke Eropah sedangkan Makkah dan bumi Islam adalah lebih hampir dengan mereka," katanya.

Sultan Nazrin bertitah demikian dalam ucapan khas bertajuk "Reclaiming Education in Muslim Universities for the 21st Century" pada Sidang Kemuncak Pemimpin Universiti Negara-negara Islam Sedunia 2015 (WICULS), di sini, Selasa.

Sultan Nazrin bertitah umat Islam perlu belajar dari sejarah mereka sendiri tentang bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15.

"Malah sesetengah daripada mereka meneruskan pengajian di sana. Hasilnya, bandar Fz (di Maghribi) menjadi terkenal sebagai tempat berlindung bagi orang yang terpaksa berpindah dari negara sendiri pada masa itu, dan penempatan mereka berhampiran universiti di kota lama masih kekal sehingga hari ini," titah baginda.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 150,000 pelarian Syria telah mencari perlindungan di Kesatuan Eropah sejak perang saudara meletus pada Mac 2011.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, universiti perlu melahirkan bukan sahaja individu yang mempunyai pengetahuan luas dan kebijaksanaan kritikal tetapi juga mereka yang mempunyai tatasusila moral dan kepekaan sosial.

"Ia harus menjadi institusi yang pada dasarnya boleh berkembang, malah mengubah kehidupan manusia secara material dan kerohanian," titah baginda.Bagaimanapun, titah Sultan Nazrin, peranan tradisional universiti dalam konteks kemanusiaan telah berubah sejak bermulanya Revolusi Perindustrian.

Baginda bertitah universiti semakin menyimpang daripada misi sejarah sebagai tempat transformasi manusia, bagi mencari ilmu dan pemahaman bagi tujuan sendiri, untuk menjadi tempat latihan graduan untuk memenuhi keperluan industri dan perniagaan.

"Peranan asal transformasi universiti mungkin diancam kepupusan jika kita terus memenuhi kehendak dunia material yang mementingkan materialistik semata-mata," titah baginda.

Baginda menambah atas sebab inilah pemimpin universiti dan pentadbir tidak harus melupakan misi asal "Metafizik" dan perlu memberi perhatian terhadap  peranan transformasi yang harus dimainkan oleh universiti dalam masyarakat.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sultan Nazrin Shah , Syria

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan