Badan Kebajikan Haiwan Britain Tawar 40,000 Vaksin Rabies

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Badan kebajikan haiwan berpangkalan di Britain menawarkan kepada Pulau Pinang sebanyak 40,000 vaksin penyakit anjing gila atau Rabies bagi menangani ancaman sebagai alternatif berbanding menghapuskan haiwan berkenaan.

Tawaran itu dibuat Dr Luke Gamble, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Veterinary Service (WVS).

Badan yang sedia menaja vaksin bernilai £40,000 (RM270,000) itu juga mengendalikan program dikenali sebagai Mission Rabies.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pilihan untuk vaksinasi besar-besaran itu perlu mendapatkan kelulusan Putrajaya, selain jumlah vaksin yang diperoleh.

"Dr Luke Gamble maklumkan program itu dilaksanakan di negara yang berhadapan masalah rabies di mana ia dianggap berkesan  untuk mengelak wabak itu daripada merebak.

"Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan usaha ini dan membentuk pasukan untuk logistik bagi melaksanakan vaksinasi besar-besaran ini.

"Bagaimanapun, ia dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan untuk program ini dilaksanakan dan sementara itu, kami akan teruskan dengan menghapuskan anjing liar dengan cara perikemanusiaan," katanya pada sidang media, Selasa.

Setakat Isnin, sebanyak 883 anjing liar telah dihapuskan.

Beliau berkata, tiga anjing dikesan positif Rabies, manakala 90 kes digigit anjing direkodkan di Pulau Pinang.

Tambah Guan Eng, kerajaan negeri turut membeli sebanyak 5,000 vaksin untuk meredakan situasi wabak itu.


Tags / Kata Kunci: Rabies , Luke Gamble

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan