Wisma Putra Rujuk PM Panggil Duta China - Reezal Merican

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 2:50 PM

Reezal Merican Naina Merican.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan keputusan Wisma Putra memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang pada Isnin dibuat setelah merujuk perkara itu kepada perdana menteri.

Jelas beliau lagi, keputusan tersebut turut dipersetujui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

"Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Reezal Merican berkata, tidak ada tindakan semberono diambil berkaitan perkara yang melibatkan hubungan diplomasi antarabangsa.

"Sebaik diberikan amanah untuk membantu Kementerian Luar Negeri, saya secara peribadi cukup berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan umum; baik di atas kapasiti diri saya secara peribadi, mahupun kedudukan saya sebagai timbalan Menteri Luar.

Tegas beliau, walaupun dirinya masih baharu di Wisma Putra, namun disiplin pengurusan dan tatakelola kementerian sentiasa diletakkan di kedudukan paling utama.

"Dalam semua hal dan perkara, menjadi kewajiban buat diri saya, untuk merujuk kepada YB Menteri Luar Negeri dan Pengurusan Kanan Wisma Putra," katanya.

Reezal Merican turut menyatakan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang membuat andaian bahawa beliau membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra.

"Saya amat kesal apabila ada pihak tertentu yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra untuk mengendalikan isu ini secara baik, tegas dan berhemah.

"Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai," katanya.

Menurut beliau, keputusan tersebut dilakukan atas kesedaran bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan maruahnya tidak wajar diinjak oleh mana-mana negara asing sekalipun.

"Tidak ada kepentingan peribadi apabila kita membuat sesuatu keputusan di Wisma Putra. Memanggil Duta Besar China untuk memberi penjelasan kepada Wisma Putra adalah amalan biasa dan ini sudah diperjelaskan oleh YB Menteri Luar Negeri.

"Yang luar biasa dan dianggap tidak ‘berprotokol’ adalah apabila anggota pentadbiran kerajaan sendiri yang 'melompat' dan mula membuat tuduhan longgar terhadap tindakan yang diambil Wisma Putra," katanya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa bahawa beliau melanggar protokol dengan memanggil Dr Huang.

Anifah kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan