Najib Beri Penghormatan Kepada JJ

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:57 AM

Jamaluddin antara yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada April lalu.

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin memberi penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis apabila beliau mempengerusikan mesyuarat tahunan ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di sini.

Sambil menyifatkan Jamaluddin sebagai seorang daripada arkitek GSIAC, Perdana Menteri berkata Jamaluddin memberi sumbangan besar kepada penciptaan dan pertumbuhan GSIAC seterusnya.

"Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggalkan kita semua terlalu cepat, dan dengan tiba-tiba, April lepas. Mari kita mengambil masa sejenak bagi mengingati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis," kata Najib sebelum tayangan video dua minit di mesyuarat itu bagi memperingati Jamaluddin di sini Isnin (Selasa di Malaysia).

Bekas Menteri dan anggota Parlimen Rompin dan lima yang lain terbunuh dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Kajang pada 4 April lepas semasa dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Subang.

Najib berkata: "Pemergian JJ merupakan satu kehilangan peribadi kepada saya, kerana dia adalah seorang rakan yang sangat rapat dan seseorang yang banyak jasanya kepada negara. Apabila dia menjadi duta kita di Washington, beliau memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

"Kami di sini hari ini meneruskan kerja-kerja yang JJ membantu untuk memulakannya. Saya pasti dia akan berbangga dengan apa yang telah kita capai dan kerja-kerja yang kita akan terus lakukan hari ini," kata Perdana Menteri.

Allahyarham Jamaluddin sebagai Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, bersama-sama dengan Tan Sri Zakri Abdul Hamid, memainkan peranan penting dalam membawa bersama-sama pakar-pakar antarabangsa, ahli akademik, penerima anugerah Nobel dan pemimpin industri bagi membincangkan ekonomi Malaysia yang pesat berkembang dengan penekanan kepada pelaksanaan dan hasil yang ketara. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jamaluddin Jarjis , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan