Tiada Kenaikan Harga Kereta DRB-Hicom

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 8:25 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: DRB-Hicom Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga kereta dalam pengurusannya buat masa ini walaupun kedudukan ekonomi yang mencabar, kata Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Sebaliknya beliau berkata, kumpulan itu sudah menyediakan pelan bagi menampung impak ekonomi yang perlahan serta penyusutan ringgit.

Pelan itu akan dijalankan di pejabat korporat dan di seluruh syarikat operasi menerusi pengurusan aliran tunai dan langkah sensitif kos, katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan kumpulan pertama penuntut International College of Automotive (ICAM) ke United Kingdom, di sini, Selasa.

ICAM merupakan sebahagian daripada Hicom University College Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom.

"Segmen automotif secara semula jadinya terjejas disebabkan kebanyakan keluaran kami membabitkan badan siap bina, manakala hartanah kami turut terjejas berikutan kurang pembeli yang layak untuk memperoleh pinjaman perumahan," katanya.

Perniagaan teras konglomerat itu meliputi automotif, perkhidmatan dan hartanah.

Bagaimanapun, Mohd Khamil berkata keadaan itu tidak serius memandangkan kumpulan berkenaan sentiasa mengambil langlah menangani impak penurunan nilai ringgit.

"Buat masa ini kami tidak akan menaikkan harga kerana kami sensitif kepada kehendak rakyat, oleh itu kami tidak menggunakan (kedudukan) ini sebagai peluang untuk menaikkan harga," katanya.

DRB-Hicom yang mempunyai 10 syarikat pakar dalam pengilangan dan kejuruteraan, mengimport bahan mentah, namun sebahagian besar keperluannya membabitkan keluaran tempatan. Oleh itu ia tidak banyak terjejas akibat penyusutan ringgit.

"Kami menyerap kos kerana kami sensitif terhadap pembangunan ekonomi negara dan mahu membantu rakyat dan kerajaan menangani kesukaran yang dihadapi sekarang," kata Mohd Khamil.

DRB-HICOM mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah, sebanyak RM16.6 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun, 2015 berbanding RM185 juta pada tempoh yang sama tahun lepas manakala hasilnya susut 20.8 peratus kepada RM2.9 bilion berbanding RM3.7 bilion sebelumnya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: DRB-Hicom , Mohd Khamil Jamil

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan