Sembilan Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pada Tengah Hari - JAS

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 3:35 PM

Murid Sekolah Saint Thomas tetap tekun belajar meskipun memakai topeng yang dibekalkan oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) ketika hadir sesi persekolahan hari ini selepas sekolah ditutup semalam akibat jerebu teruk.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) Kuantan setakat pukul 10 pagi mencatat bacaan 108 iaitu tidak sihat, manakala sekolah-sekolah di Melaka dan Johor diarah tutup selepas IPU melebihi paras bahaya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kualiti udara akibat jerebu yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada sembilan kawasan pada tengah hari, Selasa.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat pukul 1 tengah hari, satu lagi kawasan baharu mencatat IPU tidak sihat iaitu Kemaman di Terengganu dengan bacaan 104 berbanding 97 pada pukul 10 pagi tadi.

Sementara itu, Larkin Lama di Johor mencatat bacaan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 131 setakat ini, diikuti Balok Baru, Kuantan (123).

Pasir Gudang di Johor pula mencatat bacaan 118, Bandaraya Melaka (117), diikuti Bukit Rambai, Melaka (113), Muar, Johor (111), Indera Mahkota, Kuantan (110) dan Samarahan, Sarawak (101).

Sebanyak 28 kawasan pula mencatat bacaan sederhana termasuk Kota Tinggi, Johor (94), Paka, Terengganu (92) dan Kuching, Sarawak (88) manakala Sibu dan Sarikei di Sarawak masing-masing mencatat 84 dan 82.Selain itu, 13 kawasan mencatat IPU baik, antaranya Tawau, Sabah dan SK Jalan Pegoh, Ipoh masing-masing mencatat bacaan 50, Jalan Tasek, Ipoh (44), SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (42), Kampung Air Putih, Taiping (40), USM dan Perai di Pulau Pinang serta Seri Manjung, Perak (39).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: IPU , JAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan