Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Menurun

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di lapan kawasan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Selasa, berbanding sembilan kawasan pada pukul 10 malam Isnin.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Larkin Lama di Johor dengan bacaan tertinggi iaitu 126, diikuti Balok Baru, Kuantan (123).

Selain itu, Bandaraya Melaka mencatat bacaan 117 dan Bukit Rambai di Melaka (111), diikuti Muar dan Pasir Gudang di Johor masing-masing 116 dan 109.

Bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota, Kuantan adalah 109 manakala di Samarahan, Sarawak pula 104.

Sementara itu, sebanyak 29 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dengan Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 97, diikuti Kuching, Sri Aman dan Sarikei di Sarawak masing-masing 93, 89 dan 85 manakala Seremban pula mencatat bacaan 85.

Selain itu, 14 kawasan mencatatkan IPU baik iaitu di Seberang Jaya 2, di Perai, Pulau Pinang (48), Kuala Terengganu (46), Bakar Arang, Kedah (45), SMK Tanjung Chat di Kota Bharu (43), Jalan Tasek dan SK Jalan Pegoh di Ipoh (38).

USM di Pulau Pinang dan Kampung Air Putih, Taiping masing-masing mencatat bacaan 37, Alor Setar dan Perai (32), Langkawi dan Seri Manjung di Perak (29), Tanah Merah, Kelantan (26) dan Kuala Kangsar di Perak (23).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Tags / Kata Kunci: IPU , Jerebu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan