Gangguan Bekalan Air Di Kuala Langat Minggu Hadapan

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam pada 6 Oktober ini berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Tampoi.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Afred berkata Syabas menerima permohonan daripada operator untuk melaksanakan henti tugas sementara bagi memberi laluan kepada kerja penyenggaraan dan pembersihan kolam imbangan 2MG di loji itu.

Katanya 8,066 pintu rumah terbabit iaitu di Kampung Olak Lempit, Bukit Changgang, Labohan Dagang, Selangor Dredging, Taman Changgang Jaya, Kompleks Perabot Olak Lempit, Taman Arked, Taman Ambar, Taman Sri Dagang, Taman Topaz, Pusat Serenti, Bandar Mahkota, Taman Seri Telok Datok dan Taman Seri Cheeding.

"Henti tugas sementara loji yang melibatkan penutupan bekalan air ke kawasan terbabit untuk tujuan penyenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan alatan atau infrastruktur loji pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau berkata Syabas menjangkakan tempoh masa diambil untuk bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat bergantung kepada kedudukan kawasan penempatan pengguna.

Pengguna boleh mengakses terus maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: Kuala Langat , air

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan