Duta Besar China Mahu Akhiri Perbalahan Diplomatik

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 11:34 PM

Dr Huang Huikang (dua, kiri) ketika melawat Petaling Street pada 25 September lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk mengelakkan perbalahan diplomatik daripada terus berlaku, Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman di negara ini.

Dr Huang menjelaskan bahawa beliau tidak menerima sebarang 'arahan' dari Wisma Putra untuk menjelaskan kenyataan yang dibuat pada 25 September di Petaling Street - bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan dalam media.

"Kenyataan saya telah diperbesar-besarkan. Kontroversi ini mencetuskan perbalahan diplomatik dan pergeseran antara menteri-menteri Malaysia.

"Saya tidak berharap untuk melihat perkara ini berlaku kerana China dan Malaysia adalah rakan dan rakan kerjasama," kata Dr Huang di Kedutaan China di sini.

Beliau berkata lawatan beliau dan komen yang dibuat di Petaling Street telah diambil di luar konteks.

"Kenyataan yang saya buat adalah ikhlas. Saya berharap untuk memberitahu seluruh dunia - termasuk puluhan ribu pelancong China yang datang ke sini - Malaysia adalah selamat walaupun terdapat ancaman rusuhan," kata Dr Huang.

Beliau berkata, selepas bertemu dengan beberapa menteri, kesemuanya telah mencapai kata sepakat bahawa hubungan dua hala antara Malaysia dan China tidak terjejas oleh kejadian 'terpencil' ini.

"Saya mempelajari falsafah dan undang-undang antarabangsa. Saya tahu bahawa bahasa yang sama boleh ditafsirkan secara berbeza dalam masyarakat yang berbeza, pada masa yang berlainan dan dalam budaya yang berbeza," katanya.

Dr Huang berkata beliau juga telah menerima banyak pertanyaan mengenai kestabilan politik di Malaysia.

Beliau juga ditanya sama ada amaran perlu dikeluarkan kepada pelawat China, sama dengan Amerika Syarikat dan Australia, yang memberikan amaran kemungkinan ancaman keganasan di Jalan Alor, yang kemudian dibukti palsu oleh pihak polis.

"Saya perlu menyemak sendiri sama ada kita juga perlu mengeluarkan amaran. Saya memilih untuk pergi ke Petaling Street kerana ia adalah satu mercu tanda budaya dan tempat pelancongan kegemaran untuk warga China," katanya.

Menurut Dr Huang, seorang wartawan telah bertanya kepadanya soalan yang membayangkan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan kaum di Malaysia selepas melakukan tinjauan mesra di Petaling Street.

"Saya memberitahunya saya hanya boleh memberikan jawapan secara umum dan standard diplomatik tanpa menyebut Malaysia.

"Saya berkata kerajaan China sentiasa mahukan kebersamaan dan keamanan dalam hubungan antarabangsa dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

"Tetapi jika keadaan seperti itu berlaku, dan ia memberi kesan kepada kepentingan rakyat Cina, orang Cina dan syarikat orang Cina, menjejaskan hubungan diplomatik yang baik, kerajaan China tidak akan berdiam diri.

"Sejak 66 tahun yang lalu, diplomat Cina telah mengulangi kenyataan ini. Ia adalah nilai sejagat kami," kata Dr Huang.

"Saya juga berkata bahawa kita menentang ekstremisme, perkauman dan keganasan dalam apa jua bentuk. Kita juga menentang sebarang gangguan ketenteraman awam. Ini juga merupakan pernyataan umum mengikut garis diplomatik," katanya.

Huang berkata dalam keikhlasan beliau untuk membantu meredakan kebimbangan di kalangan orang Cina di luar Malaysia, beliau telah menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang harmoni dan stabil.

"Kenyataan ini adalah untuk warga kita yang mempunyai tanggapan bahawa Malaysia adalah anti-Cina. Saya juga berkata, saya gembira melihat Petaling Street aman, sibuk dengan pelancong dan peniaga menjalankan perniagaan seperti biasa.

"Saya memuji sumbangan ekonomi daripada etnik Cina di sini dan ke China, dan saya berharap Malaysia akan terus kekal sebagai kawasan pelancongan popular."

"Selepas penjelasan saya hari ini, saya percaya orang yang mempunyai pemikiran logik tidak akan meragui keikhlasan dan niat baik saya lagi," kata Dr Huang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan