Beri Tempoh Sesuai Untuk Pelaksanaan Format Baharu UPSR - PIBGN

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 8:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta menangguhkan pelaksanaan format baharu kertas Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan untuk memberi masa secukupnya kepada guru dan pelajar membuat persediaan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata perubahan mendadak dalam masa yang singkat akan menjejaskan pencapaian pelajar kelak.

"Dalam format baharu UPSR ini, turut diubah ialah kertas Bahasa Inggeris UPSR, ia akan dipecahkan kepada pemahaman dan penulisan mulai tahun depan.

"Saya berpendapat format baharu UPSR ini bakal mengulangi apa yang berlaku kepada Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) apabila bilangan pelajar mendapat A berkurangan berbanding peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof hari ini bahawa kementerian akan meneruskan keputusan untuk memecahkan kertas Bahasa Inggeris UPSR kepada pemahaman dan penulisan mulai tahun depan walaupun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menggesa agar ia ditangguhkan.

Mohamad Ali berkata guru dan pelajar pasti akan menghadapi kesukaran membuat persediaan dalam masa yang suntuk walaupun ia bertujuan untuk memperkasakan Bahasa Inggeris.

"Format baharu ini akan memberi kesan kepada pelajar luar bandar kerana mereka tidak menguasai sepenuhnya subjek Bahasa Inggeris berbanding pelajar di bandar kerana pelajar di bandar kebanyakannya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan ibu bapa dan rakan mereka," katanya.

Kementerian disaran untuk mengadakan taklimat dan penerangan terperinci mengenai format baharu peperiksaan UPSR kepada guru-guru di seluruh negara demi memastikan ia berjalan dengan berjaya kelak, katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: UPSR , PIBGN

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan