Aplikasi BookDoc Ubah Kaedah Dapatkan Khidmat Doktor

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 7:59 PM

Datuk Chevy Beh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat tempatan, BookDoc, berjaya menghasilkan aplikasi telefon pintar yang mentransformasi kaedah rakyat Malaysia mendapatkan rundingan doktor.

Pengasas BookDoc, Datuk Chevy Beh berkata, aplikasi itu yang bakal dilancarkan awal bulan depan, akan menyepadukan penjagaan kesihatan ke dalam platform e-dagang selain memberi kemudahan kepada orang ramai, doktor serta majikan.

"Aplikasi itu membolehkan para doktor menyenaraikan amalan mereka secara dalam talian, mengoptimumkan jadual temu janji dan mengurangkan kegagalan temujanji menerusi peringatan untuk pesakit.

"Ia juga membolehkan penjadualan temu janji dalam tempoh 24 jam, seminggu malah selepas waktu rundingan.

"Justeru, amalan mendaftar di kaunter klinik akan berakhir dan menjadi sesuatu yang sudah lapuk. Aplikasi ini boleh dimuatturun secara percuma oleh telefon bimbit mahupun komputer," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beh menyifatkan kehadiran aplikasi itu tepat pada masanya bagi memanfaatkan landskap penjagaan kesihatan di Asia yang pantas berubah dan berpotensi menjadi sebahagian ekosistem sektor berkenaan di rantau ini.

"Ia seterusnya akan dilancarkan di Singapura, Filipina, Thailand dan Hong Kong dalam masa enam bulan selepas Malaysia.

"Aplikasi ini pada awalnya bertujuan memudahkan pekerja pelanggan korporat berhubungan dengan klinik panel. Ia juga dapat membantu hospital memperbaiki produktiviti pekerjanya, mengoptimumkan kos manfaat kesihatan dan pengurusan kakitangan yang lebih cekap," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BookDoc , Chevy Beh

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan