Kira-Kira 54,000 Kg Barangan Kitar Semula Dikutip

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 11:20 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 54,000 kilogram barangan kitar semula dikutip di tujuh negeri dalam tempoh tiga minggu pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca berkuat kuasa 1 September.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek berkata kutipan di Pahang melibatkan 22,146.8 kg, Kuala Lumpur dan Putrajaya (15,651.8 kg), Melaka (5,394 kg), Negeri Sembilan (5,117.8 kg), Johor (4,486.5 kg), Kedah (1,498 kg) dan Perlis (535.2 kg).

Jumlah kutipan itu merupakan satu indikator bahawa kebanyakan isi rumah di tujuh negeri itu menerima baik dan menjalankan pengasingan sisa pepejal di punca, katanya dalam kenyataan berhubung status pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca hari ini.

Bermula 1 September, isi rumah di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) - diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti plastik, kertas, kadbod, kaca, besi dan sisa makanan.

Mengulas mengenai notis amaran yang dikeluarkan kepada penduduk di Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan Johor, Mohammad menggesa isi rumah terbabit untuk menjalankan pengasingan sisa pepejal di punca bagi mengelakkan daripada menerima notis amaran dan juga kompaun yang akan bermula 1 Jun tahun hadapan.

"Saya memandang serius pelaksanaan Akta 672 ini dan telah mengarahkan kementerian saya untuk menjalankan kempen berterusan untuk memastikan isi rumah yang terlibat dengan pelaksanaan ini mendapat maklumat secukupnya bagi membantu memudahkan mereka menjalankan pengasingan sisa pepejal di punca ini," katanya.

Katanya setakat ini, 1.9 juta risalah diedarkan di pelbagai lokasi di tujuh negeri.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kitar semula , Mohammad Mentek

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan