Jerebu: Sekolah Dibuka Semula Seperti Biasa Pada Selasa - KPM

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup, Isnin akibat jerebu akan dibuka seperti biasa bermula Selasa susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengingatkan semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah di seluruh negara agar terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, jika bacaan IPU berubah kepada keadaan tidak sihat pada paras bacaan 101-200 atau sangat tidak sihat pada bacaan 201-300, pihak tersebut boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing.

Tindakan boleh dibuat berdasarkan langkah-langkah yang dikeluarkan KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu yang dianggap kritikal.

Pada Ahad, KPM mengumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong dan Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak, ditutup hari ini ekoran jerebu.

Sehingga pukul 3 petang tadi, bacaan IPU di kawasan terbabit telah menurun ke tahap sederhana (51-100) kecuali di Kuching dan Samarahan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat 116 dan 120.

Tags / Kata Kunci: KPM , Jerebu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan