Lapangan Terbang Kembali Beroperasi, Hanya Tujuh Penerbangan Terjejas

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 5:33 PM

Suasana di kaunter masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching sesak dengan penumpang yang terkandas selepas pembatalan 26 penerbangan sejak 5.30 pagi tadi akibat jerebu. Landasan di lapangan terbang itu kembali dibuka 9.10 pagi. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa lapangan terbang dalam negara kembali beroperasi termasuk Kuching yang dibuka semula pada 9.10 pagi Isnin.

Sebelum ini, laluan penerbangan itu ditutup sejak 7 pagi oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pihak berkuasa lapangan terbang akibat jerebu tebal, kata pengurus kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Mohd Nadzim Hashim.

"Setakat 11 pagi tadi, tiga penerbangan sudah berlepas dari lapangan terbang ini berikutan jarak penglihatan meningkat kepada 2,000 meter berbanding hanya 300 meter 7 pagi tadi," katanya kepada Bernama.

Mengikut jadual perjalanan pada Isnin, terdapat 124 penerbangan ketibaan dan pelepasan di lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), menerusi laman Twitternya, menasihatkan para penumpang di LTAK menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa.

Di IPOH, semua penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang melibatkan pelepasan dan ketibaan beroperasi seperti biasa tanpa mengalami sebarang kelewatan sejak pagi.

Pegawai Operasi Malaysia Airports Sdn Bhd, Tengku Mahmud Tengku Zainal berkata: "Para penumpang boleh menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini ataupun melayari laman sesawang kami untuk maklumat lanjut." 

Di SUBANG, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah turut menjalankan operasi seperti biasa tanpa sebarang pembatalan atau kelewatan penerbangan.

Menurut jurucakapnya, setakat ini tiada perubahan jadual dilakukan sama ada penerbangan dalam negara mahupun luar negara.

Sementara itu, tujuh penerbangan melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia dan Malindo Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) terjejas berikutan keadaan jerebu yang tidak mengizinkan di kawasan terbabit.

Di KLIA, dua penerbangan MAB berpatah balik, iaitu KL-Kuching dan KL-Kuantan. Di klia2, tiga penerbangan AirAsia dibatalkan iaitu KL-Pontianak, KL-Pekanbaru dan KL-Palembang, serta dua penerbangan Malindo Air dibatalkan, iaitu KL-Pulau Pinang dan KL-Singapura, kata sumber MAHB.- Bernama

Tags / Kata Kunci: jerebu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan