Kementerian Kesihatan Sangkal Laporan Berita Berhubung Rawatan Anwar

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 9:02 PM

Noor Hisham Abdullah

Dr Noor Hisham Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI) diberikan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua MRI dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur.

Salinan laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14 Julai dan 21 September, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Beliau merujuk kepada laporan diterbitkan oleh MalaysiaKini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today berhubung kesihatan Anwar dan rawatan dijalaninya.

Dr Noor Hisham berkata, panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17 perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri ortopedik dan radiologi otot dan tulang.

"Berhubung dengan permintaan mendapatkan pendapat kedua mengenai kecederaan bahu kronik dialami Anwar, ini telah diberikan menerusi penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar," katanya. 

Pakar lain adalah daripada Hospital Kuala Lumpur.

Selain itu, seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara untuk memeriksa Anwar pagi ini seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan "pendapat kedua", kata Dr Noor Hisham.

"Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat keputusan secara bersendirian," katanya. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan