Kes Digigit Anjing Meningkat Di Tiga Negeri

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 7:02 PM

Pegawai Veterinar Alor Setar, Dr. Lee Chian Hoey (kiri) memberi suntikan vaksin kepada anjing pada sidang media mengenai kempen kesedaran anjing gila (rabies) pada 19 September lalu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes gigitan anjing pada manusia dan bilangan anjing yang dimusnahkan semakin meningkat ekoran penularan wabak penyakit anjing gila (rabies) di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kes gigitan anjing pada manusia meningkat kepada 137 pada Isnin berbanding 133 pada Rabu dengan Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi (82), diikuti Perlis (34) dan Kedah (21).  

Di samping itu, 2,669 ekor anjing dimusnahkan di tiga negeri terbabit yang diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies pada 17 September lepas.

Sebanyak 1,624 anjing dimusnahkan di Kedah, 748 di Pulau Pinang dan 297 di Perlis.

Bilangan anjing yang divaksinkan setakat Isnin pula kekal 2,570 ekor seperti Ahad.

Menurut kenyataan itu, jabatan menggalakkan pemilik haiwan mengurung haiwan mereka di dalam kawasan rumah dan meningkatkan imuniti haiwan peliharaan terutamanya anjing.

Selain itu, jabatan turut mengawal populasi anjing liar dan menjalankan pemantauan di seluruh negara terutama bagi kes-kes gigitan.

Rabies adalah sejenis penyakit zoonosis yang disebabkan Lyssavirus yang boleh menjangkiti manusia melalui luka gigitan oleh anjing yang dijangkiti rabies dan juga melalui luka di kulit manusia yang terdedah kepada air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti rabies.  

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma. 

Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian pada manusia sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jika ada sebarang kemusykilan mengenai wabak rabies ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di talian 03-88702041 atau mana-mana Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri masing-masing.

Tags / Kata Kunci: rabies

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan