Duta China Selesai Bertemu Hamzah, Berjaya Elak Pemberita

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 3:00 PM

Dr Huang Huikang.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini.

Mesyuarat tersebut yang berlangsung lebih dua jam, diadakan di pejabat Hamzah di KPDNKK di sini.

Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street pada Jumaat lalu.

Beliau tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin.

Dr Huang berjaya mengelak daripada ditemui pemberita yang menunggu beliau sejak dari awal pagi dengan meninggalkan bangunan tersebut melalui tingkat bawah tanah.

Seorang pegawai Wisma Putra berkata kementerian itu akan mengeluarkan satu kenyataan selepas ini.

Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

"Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street.





Tags / Kata Kunci: Dr Huang Huikang , Petaling Street

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan