Operasi Cari Tujuh Murid Orang Asli Diperluaskan - TPM

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas akan  diperluaskan ke bandar-bandar kecil berdekatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kawasan SAR diperluaskan daripada kawasan hutan hingga ke  bandar-bandar kecil kerana pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah dan penculikan membabitkan murid berkenaan.

"Kita akan meliputi kawasan pencarian ini ke bandar-bandar kecil berdekatan kerana kita khuatir ada pihak yang melakukan penyembunyian kanak-kanak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat SAR itu dan bertemu ibu bapa tujuh murid berkenaan di Sekolah Kebangsaan Tohoi di sini.

Dalam kejadian itu, enam murid perempuan dan seorang murid lelaki Orang Asli berusia antara tujuh dan 11 tahun dilaporkan melarikan diri daripada asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka didapati mandi di sungai tanpa kebenaran. Mereka pada mulanya dikhuatiri tersesat di hutan.

Turut mengiringi Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri ialah Menteri  Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin.

Tags / Kata Kunci: Orang Asli , Tohoi , Gua Musang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan