Schwarzenegger Berucap Pada Forum Transformasi Global 2015 Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 10:00 AM

Arnold Schwarzenegger.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini pelakon Arnold Schwarzenegger dikenali menerusi filem The Terminator tetapi kini beliau akan berkongsi kisah bagaimana dirinya melakukan transfromasi.

Schwarzenegger akan berucap pada Forum Transformasi Global 2015 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini bermula 21 hingga 23 Oktober ini.

Bintang Hollywood dan bekas gabenor California itu akan berkongsi kisahnya mengenai kepimpinan transformasi dalam satu sesi bertajuk 'Disiplin Dalam Tindakan'.

Antara penceramah lain adalah pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark; bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong; pengadil bola sepak, Pierluigi Collina dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Schwarzenegger atau lebih dikenali sebagai Arnie memulakan kariernya sebagai ahli bina badan sebelum bergelar bintang filem, usahawan, gabenor dan kini pendidik.

Peserta yang hadir boleh mempelajari empat prinsip yang diamalkan beliau iaitu kepentingan wawasan, mengetahui bila untuk bertindak, tidak gentar untuk gagal dan nilai berusaha keras.

Semasa menjadi Gabenor California ke-38 pada 2003 hingga 2011, Schwarzenegger mengetuai pelbagai inisiatif kepada tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan dan pelaburan semula di negara tersebut.





iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan