UPM Universiti Pertama Negara Berjaya Kaji Pembiakan Buaya Guna Tabung Uji

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 10:15 PM

Md Zainal (belakang kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian hasil kajian buaya tembaga antara Prof Dr Abd Wahid (kanan) dengan Pengurus Sarang Buaya MPPG Abd Malek Abd Aziz. Majlis diadakan sebagai penghargaan kerjasama penyelidikan MPPG bersama Fakulti Perubatan Veterinar UPM di Menara Aqabah, Pasir Gudang, Ahad. Turut hadir Ketua Whip Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Abdullah Abd Rahman (kiri belakang). Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi universiti pertama di negara ini yang berjaya menjalankan kajian terhadap buaya tembaga dalam usaha menambah baik proses pembiakan reptilia itu.

Ketua Penyelidiknya, Prof Dr Abd Wahid Haron berkata, hasil kajian itu akan dapat membangunkan teknologi pembiakan seperti permanian beradas kepada spesies ini.

Beliau berkata, kajian mula dijalankan April tahun lepas dengan membabitkan empat ekor buaya tembaga jantan di Santuari Sarang Buaya di Pasir Gudang dekat sini.

"Apa yang kami lakukan ialah semen (air mani) akan diperolehi daripada buaya jantan dan disimpan melalui melalui proses pengawetan bagi tempoh yang lama. Apabila kaedah ini digunakan, pembiakan buaya tidak perlu lagi dilakukan dengan cara normal sebaliknya hanya dilakukan persenyawaan dalam tabung uji," kata beliau kepada pemberita di sini petang Ahad.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penghargaan kerjasama penyelidikan dan menandatangani hasil kajian buaya tembaga antara Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Fakulti Perubatan Veterinar UPM di Menara Aqabah MPPG, Ahad.

Turut hadir ialah Yang Dipertua MPPG, Md Za'nal Misran. 

Wahid berkata pihaknya hanya memerlukan kos RM2,000 untuk menjadikan penyelidikan itu berjaya selain mendapat bantuan kepakaran tenaga daripada Sarang Buaya Pasir Gudang, MPPG dan Jabatan Perhilitan negeri.

"Kami berbangga melakukannya kerana disifatkan boleh membantu MPPG dalam melonjakkan sektor eko pelancongan, farmaseutikal dan pendidikan yang berasaskan penyelidikan.

"Lagipun, tidak ramai badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan serta agensi kerajaan berminat untuk melakukan kajian setelah mengambil kira perasaan fobia, takut buaya berkenaan bertindak ganas ketika didekati," katanya yang juga pensyarah Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar Fakulti Perubatan Veterinar UPM. - Bernama

Tags / Kata Kunci: UPM

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan