Tak Perlu Bayar Lebih Di Hospital, Klinik Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan tidak dikenakan bayaran lebih walaupun penyusutan nilai mata wang Ringgit menyebabkan kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam walaupun kerajaan terpaksa  menanggung kos lebih tinggi berikutan penyusutan nilai Ringgit, namun kerajaan tidak merancang 'memindahkan' kenaikan kos itu kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya mereka yang mendapatkan rawatan daripada hospital swasta mungkin dikenakan bayaran lebih jika penyedia perkhidmatan itu tidak menyerap kenaikan kos itu.

"Kesan daripada keadaan ini ialah pesakit daripada sektor swasta, yang mungkin tidak dapat menampung kos lebih itu, akan berpindah ke hospital kerajaan...itu kemungkinan yang akan berlaku dan kita perlu bersedia," katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis Makan Malam Tahunan Ke-33 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini.

Dr Subramaniam berkata kenaikan harga ubat dan peralatan kesihatan itu adalah di luar kawalan kerajaan kerana penyusutan nilai mata wang berlaku hampir di seluruh dunia.

Kenaikan harga itu mungkin memberi kesan kepada ubat dan peralatan yang dihasilkan dalam negara.

"Ya, kemungkinan besar (harga naik) kerana banyak peralatan dan ubat kita beli dari luar negara. Ada yang diperbuat di sini seperti ubat generik tetapi bahan mentah untuk membuat ubat itu diimport," katanya.

Namun, beliau berkata kenaikan itu dijangka bersifat sementara dan tidak akan menyebabkan kekurangan bekalan ubat di negara ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan