Sekolah Di S'gor, N Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Putrajaya Ditutup

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat ditutup pada Isnin.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Ahad, sekolah-sekolah yang terlibat ialah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan selain dua bahagian di Sarawak iaitu Sri Aman dan Samarahan.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri dan bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera," katanya.

Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatatkan IPU tertinggi 279, diikuti Pelabuhan Klang (255), Batu Muda, Kuala Lumpur (250) dan Petaling Jaya (226).

Sebanyak 14 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Putrajaya berada pada 197, Banting (187), Sri Aman (185), Cheras, Kuala Lumpur (177), Kuala Selangor (171).

Tags / Kata Kunci: Jerebu

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan